Tuesday, November 23, 2010

Format Hard Disk Dan Install Windows XP

Post untuk kali ini , teman ingin berkongsi Bagaimana cara nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP ... Disini teman tutorialkan bertulis bersertakan gambar nya sekali ... Ok , mengapa kita nak format hard disk ? Ini kerana ada dua sebab ... 1 hard disk baru ... 2 kerana windows kene virus or windows rosak ... Ok , teman xnak sembang banyak , kan 6t mengarut lak ... huhu ... so just follow my step ...

Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM
Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini.
Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:
(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)

1. Hidupkan komputer anda
2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.
3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features

4. Pilih Boot Sequence

5. Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali

6. Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer

Format Hard Disk
1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD...”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP

2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”.  Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas hard disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke Langkah 3

3. “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP

4. Jika anda menemui skrin “Setup did not find any hard disk” ini, besar kemungkinan anda menggunakan hard disk SATA. Kembali kepada Langkah 2

5. “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan

6. Sekiranya hard hisk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru

7. Sekiranya hard disk anda:
  • masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 9
  • tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 10
8. Buat satu partition dengan menekan butang C

9. Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER

10. Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalam external hard drive

11. Tekan butang C untuk setuju

12. Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER

13. Tekan butang F untuk format Hard Disk.

14. Setup akan mula format hard disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya


Install Windows XP
1. Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.


2. Masukkan nama anda dan klik butang Next.

3. Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next

4. Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next. Kalau tak nak letak pun tak apa ...

5. Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.



6. Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.
 7. Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.

8. Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi


 Mula Menggunakan Windows XP
1. Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.



 2. “Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.



 3. Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.

4.  Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Skip.


5. Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.

6. Masukkan nama anda dan tekan butang Next.

 7. Klik pada butang Finish.

8. Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.



Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk install Windows. Senang, kan? Tak perlulah habiskan duit sehingga RM40 (atau mungkin lebih) untuk menghantar komputer anda ke kedai hanya kerana nak format PC, kerana anda boleh melakukannya sendiri :)





Tweaks SpeedUp Internet Explorer All Version

Ada beberapa tips untuk membuatkan Internet Explorer menjadi laju untuk loading website ... Yang pasti nya adalah pakej Internet Connection yang kita langgani ... Tips yang teman nak kongsi ni sebenar nya adalah untuk mempercepatkan transfer data ... ok cara nya adalah :
  • Go to Start
  • Run
  • Type Regedit
Anda akan masuk ke dalam Registry Editor ... So anda perlu klik di atas simbol plus ( + ) dengan mengikut ini :
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Internet Settings

Sebelah kanan anda akan nampak seperti :

Anda perlu menambah DWord value dengan cara mengelik kanan mouse ... maka anda akan type perkataan :
  • MaxConnectionsPerServer
  • MaxConnectionsPer1_0Sever
Anda perlu double klik dan set Value Data 10 ... Set kan kedua2x nya sama ... selepas siap , anda perlu restart pc anda bagi mendapatkan hasil nya ... 1 lagi tweaks nya adalah ... Open cmd ( pengguna windows 7 or vista , anda perlu klik kanan dan Run Administrator ) ... Anda perlu type : regsvr32 actxprxy.dll dan klik enter ... lepas itu restart pc anda ... selepas restart anda akan merasa perubahan speed Internet Explorer anda loading ...
Video Tutorial

Monday, November 22, 2010

Setting Camstudio Best Quality

Salam ... kali nie teman nak kongsi tentang setting Camstudio Best Quality Without Lag ... Teman tak dapat nak buat tutorial bertulis , maka teman buat lah tutorial bervideo ... teman harap anda , dapat follow step2x teman 6t yee .. video tu xda laa laju mana pn teman buat ... So boleh laa anda follow step teman tu ... ok , apa2x pn teman nak say Gud Luck ...

Sunday, November 21, 2010

Screen Record


Screen Record or di kenali sebagai merekod segala keje kita di pc untuk di jadikan video ... contoh nya , anda ingin mengajar kawan anda yang berada jauh dari anda tp anda susah untuk mengajar nya dengan menggunakan tutorial bertulis ... so anda terpikir untuk buat video agar mudah kawan anda dapat melihat sambil mengikut ajaran video anda itu ... Tp anda x tahu bagaimana untuk merekod tutorial tu untuk di jadikan video ? contoh nya seperti video kat youtube ... jawapan nya mudah saja ... kat sini teman nak kongsi software untuk merekod video di komputer kita untuk di jadikan tutorial org lain ... Ok software ini di panggil CAMSTUDIO ... Software ini amat kecil size nya dan cukup mudah penggunaan nya ... Kelebihan software ini berbanding software yang sewaktu dengan nya adalah Autopan ... Apa itu Autopan ? Autopan adalah penggerak nya ... ia akan merekod melalui mouse .. di mana anak panah mouse tu di tuju maka ia akan mengikut ... x seperti yang lain kne manual .. huhu ... biasa nya teman record video tutorial untuk youtube , teman menggunakan size 640x360 ... untuk setting terbaik video anda dan jelas teman akan postkan pada new topic nanti ... Teman rase setakat ini saja laa untuk keterangan tentang Camstudio ni ekk ... nak tahu lebih lanjut , sila comment or mencuba nya sendiri ...
Salam semua ... setelah banyak mencuba software yang berkaitan split dan join video nie , teman telah menemui 1 software yang ckup mudah penggunaan
nya malah size software nya jugak kecil dan xperlu instal just extract saja dimana anda mahukan .. software ini di panggil HJSplit ...
Setelah mencuba software ini teman terus memilih nya untuk di jadikan software yang wajib berada dalam komputer teman
, ini kerana teman seorang penggemar movie ... nak beli dvd mahal and duit plak kurang so teman hanya mampu download jela , apa guna kalau
ada internet yang tinggi tp xgunakan nya kan .. huhu ... Tp kebanyakkan movie yang kita download telah di Bahagikan kepada beberapa part ...
maka dengan itu kita hendaklah menyatukan semua part tu menjadi 1 ... bagaimana nak 1 kan ia ? Jawapan nya adalah menggunakan
HJSplit ... Bagaimana pulak dengan cara penggunaan nya ? Ok kat sini teman buat Video Tutorial nya ... terpaksa buat video kerana masa untuk teman
 post nie terlalu singkat cz ini pun teman curi2x kona ( mengulor ) ... huhu ... ok selamat mencuba ...

Internet Download Manager Fake Serial Key

Masalah ini teman pernah alami nya sampai naik rimas kepala otak ni duk cari jalan penyelesaian nya ... selepas godah godeh sal IDM kat dalam pc teman ini , baru laa jupe masalah nya ... tambahan lak teman jumpa pulak patch dia kat 1 website tu ... cara ia cukup mudah and simple ... setiap kali IDM menaik taraf kaf kan produk nya tentu sekali ia mintak update ... bila update dan siap install key ia lak jadi FAKE SERIAL KEY ... Yang ni lah buat teman rimas kepala ini ... duk cari dalam registry ada memang ada tp bila dh sume remove tp still ag Fake ... akhir nya teman jupa laa .. Teman xnak crita panjang , so jom kita ikut tutorial nya disini :


 Open IDM anda .. kalau still lagi dapat .. kalau dah kua cm pic diatas tu truskan jela ke step seterus nya ... bagi yang dapat lagi open IDM nya , anda update laa IDM tu dulu agar sampai jadi latest version ... sesudah update tu tentu keluar popup pic diatas kan ? huhu ... ok sekrg ni langkah nya ...


  • Klik Clear previous registration data
  •  Klik Patch Server Check
 ia akan mintak anda untuk mencari dimana file IDM anda install .. secara default nya , C:\Program Files\Internet Download Manager
  • Klik IDMan 
  • Copy Serial Number
  • Open IDM
  • Popup...

First name , last name dan email = ikut anda laa ... serial number letak kan serial num yang anda copy tadi ... maka dengan itu IDM anda telah menjadi IDM FULL Version ...

No Audio Device

Masalah nie ramai yang x tahu untuk atasi nya lebih2x ag pada pakcik2x , makcik2x kita yang hanya tahu hantar kedai je bila ada prob dengan pc or laptop ... apa kate kita ambik tindakan mencuba supaya ley kita menambah pengetahuan ... huhu .. ke guane tu org lama ? :-) , sampai kan ada yang format pc or laptop ... kat situ dah membazir masa nya nak tunggu siap format or repair ... lau hantar kedai lak , lau x tanya dgn tokey tu , kne lak tokey cekik darah berkate " laptop cik nie kne format nie , alasan nya cz kne virus " padahal ada jalan penyelesaian yang mudah dan x perlu nak format .. just ikut beberape step je yang mudah ... Contoh pic masalah nya cm nie kan :

sebenar nya ada 2 masalah berkenaan menda alah nie ... 1 Windows Media Player kita xsupport nak mainkan video or file kita tu ... lau masalah nya cm ni , problem ia adalah CODEC
codec ia kamu ley download disini :
bagi pengguna windows XP o Vista ... anda ambik yang codec vista punya ... Codec nie boleh memainkan semua format video dari segi RMVB , MKV , FLV , MP4 , AVI , ETC
codec ini telah saya mencuba dan saya amat berpuas hati dengan nya ... xperlu lagi saya nak install software player lain seperti VLC , MEDIA CLASSIC , ETC
Bagi saya guna codec ini sudah memuaskan untuk kita memainkan video or movie di Windows Media Player ... 
bagi yang masalah lain lak tapi still xdapat play , biasa nya perkara ini berlaku selepas kita UPDATE WINDOWS ... Bila kita nak play mp3 or movie ia akan kua popup seperti pic tu ... masalah ini anda perlu UNNISTALL kembali driver audio anda lpas tu ia mintak restart ... selepas restart , INSTALL kembali driver audio anda ... sekarg dah berjaya kembali memainkan video or movie kesukaan anda ... huhu ... selamat mencuba ... selamat beramal ... save u money ...

Welcome

Salam sejahtera semua ... Selamat datang ke blog kawe yang simple tapi berilmu ... huhu .. kawe xmahu crite panjang , so pantau2x laa kat site kawe ni yee ... mana laa tahu kot2x masalah kamu tu ada penyelesaian nya kat sini so kat situ dah jimat tenaga untuk menggoogle ... kalau ada masalah , ley jugak tanya kawe , 6t kawe cube solved prob kamu tu dengan simple step agar mudah di fahami sumo ... so enjoy and gud luck ...